mengenai kami

100

100% BUMIPUTRA

PROFESIONAL, DEDIKASI DAN BERTANGGUNGJAWAB

PATUH SYARIAH

  • PENGURUSAN PROFESIONAL
  • KUMPULAN JEMAAH YANG KECIL
  • MUTAWIF YANG BERPENGALAMAN
  • KURSUS UMRAH DISEDIAKAN
  • PAKEJ MAMPU MILIK
  • BEG DAN CENDERAHATI DISEDIAKAN
second-bg
second-bg2

SN Rizqi Holidays Sdn. Bhd. merupakan sebuah ejen pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan telah diperbadankan di bawah Acta Syarikat 1965 fall 19 September 2012 sebagai sebuah syarikat Sendiri Berhad. Dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Islam yang menyediakan perkhidmatan dan pengurusan seperti Pakej Umrah dan Haji, Pakej Pelancongan Muslim Dalam dan Luar Negara.

Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, SN Rizqi Holidays Sdn. Bhd. dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan ticket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan day south pakej Umrah.

Kami mempunyai kakitangan yang berpengalaman di dalam perkhidmatan industri pelancongan dan sentiasa komited menyediakan pakej pelancongan yang bersesuaian dan memenuhi kehendak dan keperluan para pelanggan kami dengan harga yang berpatutan dan terbaik.

SN Rizqi Holidays Sdn. Bhd. juga mempunyai potensi untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Umrah.

logo

PROMO AKHIR TAHUN

CEO
HJ SALMAN BIN MAT DERIS @ MOHD DERIS

CEO cum MANAGING DIRECTOR

Executive
DR. AHMAD NADZRI MANSOR

EXECUTIVE DIRECTOR

Director
HJH. NORLIDA BINTI HJ. AHMAD

EXECUTIVE DIRECTOR

Junior
NURFARHANA BINTI SALMAN

JUNIOR EXECUTIVE DIRECTOR

logo

Visi Syarikat

  • Menjadi sebuah syarikat ejen pelancongan yang bereputasi serta dipercayai hingga ke peringkat antarabangsa.
  • Menjadi agensi perlancongan muslim dan bumiputera yang berjaya.
  • Membangun dan memacu sebagai sebuah organisasi pelancongan di Malaysia dan berdaya saing dengan syarikat pesaing di dalam menguruskan pakej umrah, haji dan pakej pelancongan muslim.
  • Melayani dan memenuhi janji-janji kami terhadap pelanggan kami dengan perkhidmatan yang terbaik, harga berpatutan, jujur profesional dan telus dalam segala urusan kami.
  • Kami berkongsi kejayaan yang diperolehi bersama kakitangan yang setia bagi membangunkan pertumbuhan sosioekonomi di Malaysia.
Makka
logo

Misi Syarikat

Sebagai sebuah syarikat ejen pelancongan yang berkembang, SN Rizqi Holidays Sdn. Bhd. sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat dan aspirasi syarikat. Kami berharap prestasi dan pencapaian kami akhirnya akan memenuhi objektif berikut :

  • Memberi perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang kompetitif di dalam industri pelancongan.
  • Untuk membantu meningkatkan kualiti dan piawaian pelancongan kepada orang ramai secara umum dan meluaskan peluang pelancongan kepada masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana di dalam kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan khidmat pelancongan yang berpatutan.
  • Untuk mempunyai kecekapan dan fleksibiliti yang dapat ditawarkan kepada pelanggan untuk membuat pilihan dan memilih alternatif yang sesuai dengan citarasa peribadi mereka.
  • Untuk meningkatkan perhubungan antara pelanggan dan pihak SN Rizqi Holidays Sdn. Bhd. agar dapat mewujudkan satu suasana harmoni disamping dapat membantu sektor pelancongan untuk terus maju ke hadapan.

Get Updates & More

Thoughtful thoughts to your inbox