from RM1,590.00
Book Now

JAKARTA-PUNCAK-BANDUNG

Not Rated
Created with Sketch.

Duration

Created with Sketch.

Tour Type

Daily Tour

Created with Sketch.

Group Size

Unlimited

Created with Sketch.

Languages

___

Overview

ATURCARA JAKARTA-PUNCAK-BANDUNG (5H4M)
HARI 01: KLIA – JAKARTA – PUNCAK (MT/MM)
Berkumpul di KLIA.
Bertolak ke Jakarta.
Setibanya di Jakarta (Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta), anda akan disambut oleh wakil kami dan meneruskan perjalanan ke Puncak Highland melalui lebuhraya Jagorawi dan singgah di Taman Mini Indonesia Indah.
Menikmati keindahan ladang teh sepanjang perjalanan menuju ke Puncak Highland.
Berhenti sebentar di Masjid Atta’un untuk solat, membeli belah di Brasco dan Radja Factory Outlet.
Daftar masuk hotel.
Anda akan dibawa ke restoran untuk makan malam.
Bermalam di Puncak.
HARI 02: PUNCAK – HIGHLAND – BANDUNG (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar.
Bertolak ke Bandung melalui Cianjur untuk membeli belah (perjalanan lebih kurang 3 jam).
Setibanya di Bandung, anda akan dibawa melawat Lembang Floating Market, Tahu Susu Lembang, dan anda akan dibawa ke restoran untuk makan tengah hari.
Seterusnya, menyambung lawatan ke Lembang Farm House (Rumah Hobbit), membeli belah di Rumah Mode Factory Outlet serta melawat beberapa factory outlets yang terdapat di Jalan Dago.
Anda akan dibawa ke restoran untuk makan malam.
Daftar masuk hotel.
Bermalam di Bandung.
HARI 03: BANDUNG – KAWAH PUTIH (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel.
Lawatan ke Kawah Putih (perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit) di Ciwidey, Ranca Upas Hotspring dan Ladang Strawberry. Anda akan dibawa ke restoran untuk makan tengah hari.
Membeli belah barangan kulit di Cibaduyut dan melawat beberapa factory outlets di Jalan Aru.
Anda akan dibawa ke restoran untuk makan malam.
Bermalam di Bandung.
HARI 04: BANDUNG – JAKARTA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar.
Melawat ke Pasar Baru Trade Centre dan Toko Tiga.
Bertolak ke Jakarta melalui lebuhraya (perjalanan lebih kurang 2 jam 50 minit).
Setibanya di Jakarta, anda dapat melihat Tugu Negara, Istana Presiden, Masjid Istiqlal dan Kota Tua.
Daftar masuk hotel.
Anda akan dibawa ke restoran untuk makan malam.
Bermalam di Jakarta.
HARI 05: JAKARTA – KLIA (SP)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar.
Membeli belah di Thamrin City Mall atau ITC Mangga Dua Mall.
Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta untuk pelepasan pulang ke KLIA.
Dijangka tiba di KLIA.
HARGA TERMASUK
Tiket Penerbangan dari/ke KLIA berserta Cukai Lapangan Terbang.
Insurans Perjalanan Berkelompok (Takaful)
Penginapan di Hotel
Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam (seperti dalam aturcara)
Pengangkutan Sepanjang Lawatan
Pemandu Pelancong
Tips Pemandu & Pemandu Pelancong
Tiket Masuk Lawatan (seperti dalam aturcara)
HARGA TIDAK TERMASUK
Perbelanjaan Peribadi
Semua Yang Tidak Dinyatakan Dalam ‘Harga Termasuk’
**Harga tertakluk pada perubahan tiket penerbangan semasa, surcaj dan kadar tukaran mata wang asing**
**Aturcara tidak muktamad dan mungkin akan berlaku perubahan tertakluk pada perubahan semasa**

View More

HIGHLIGHTS

  • BORANG TEMPAHAN “HOT SEAT”
  • JAKARTA-PUNCAK-BANDUNG

Tour's Location

Created with Sketch.
from RM1,590.00

You might also like

Get Updates & More

Thoughtful thoughts to your inbox